Latest Post


Factory Reset merujuk kepada satu kaedah yang dilakukan terhadap peranti untuk mengembalikan ia kepada sistem operasi yang sedia ada, keadaan peranti tersebut adalah seperti baru keluar dari kilang.

Factory reset berkeupayaan untuk menyelesaikan hampir semua masalah yang dsebabkan oleh kegagalan sistem operasi atau masalah perisian dalam handphone. Proses ini akan berkerja dengan menghapuskan semua data dan aplikasi yang disimpan pada memory dalam telefon. Ia biasanya dapat dilakukan melalui menu setting yang tertera pada telefon pintar. Tetapi sekiranya sistem operasi tidak dapat berjalan, maka reset factory perlu dilakukan secara manual. 

Ianya memerlukan recovery mode. Ketika melakukan recovery mode, touch screen tidak dapat digunakan. Kita hanya melakukan reset factory menggunakan butang-butang yang terdapat pada telefon. 

Tidak perlu takut atau risau sekiranya anda ingin reset handphone anda kerana ia tidak akan membahayakan handphone anda malah ia akan menjadikan handphone anda kelihatan baru.


APAKAH JAILBREAK


Apakah yang dimaksudkan dengan jailbreak??? Jailbreak ialah satu platform android yang telah digunakan oleh seluruh masyarakat yang dikenali sebagai “root” manakala pengguna iOS pula dikenali sebagai “jailbreak”. Jailbreak merupakan menghilangkan atau tidak mempunyai had iOS dan ianya membolehkan pengguna mengubah suai sistem pada telefon tersebut.

KENAPA PERLU ADANYA JAILBREAK
Dengan adanya jailbreak pada telefon pintar anda, anda bebas untuk membuat sesuatu benda yang telah dikehendaki seperti modifikasi tema Iphone. Ia akan menjadi lebih menarik lagi apabila anda mahu menambah sesuatu aplikasi dengan tanpa had pada telefon iOS tersebut.

FAKTA JAILBREAK
Fakta yang anda perlu tentang jailbreak ialah apabila anda membuat jailbreak atau root pada telefon anda, secara automatiknya warranty pada telefon anda akan terbatal serta-merta. Jika anda melakukan jailbreak atau root tanpa mengikut prosedur yang betul telefon anda tidak akan berfungsi dengan baik.

SOFTWARE UNTUK JAILBREAK
1) EVASION
Jailbreaking Evasi0n (Evasi0n7) dikembangkan oleh sekumpulan penggodam dengan nama Evad3rs (Pimskeks, Planetbeing, Pod2G dan MuscleNerd). Evasi0n akan menjejaki iPhone, iPod Touch, iPad, dan Apple TV untethered yang menjalankan iOS 6.0 - iOS 6.1.2 dan iOS 7.0 - iOS 7.0.6 (menggunakan Evasion7).

2. PPJAILBREAK
PPJailbreak dikembangkan oleh sekumpulan penggodam Cina yang pergi dengan nama 25PP. PPJailbreak akan jailbreak iPhone, iPad, iPod Touch untethered pada iOS 8.0 melalui iOS 8.4. Ia hanya tersedia untuk sistem pengendalian

3. TaiG
Alat jailbreaking dikembangkan oleh sekumpulan penggodam Cina (TaiG Team). Ia akan menjejaskan iPhone, iPod Touch, iPad untethered yang menjalankan iOS 8.0 - iOS 8.4, dan boleh didapati untuk Windows dan Mac OS X.

4. Pangu
Pangu (Pangu8 dan Pangu9) telah dibangunkan oleh sekumpulan penggodam Cina (dm557, wind unknown, ogc557, dan Daniel_K4, zengbanxian, INT80). Pangu akan jailbreak untethered iPhone, iPod Touch, iPad pada iOS 7.1 melalui iOS 9 firmwares. Ia tersedia untuk sistem operasi Mac OS X dan Windows

5. RedSn0w
Jailbreak RedSn0w mungkin alat jailbreak iOS yang paling banyak diketahui. Awalnya dikenali sebagai QuickPwn, RedSn0w dikembangkan oleh iPhone Dev-Team dan membolehkan anda menjernihkan iPhone, iPod Touch dan iPad anda menjalankan pelbagai versi firmware. Ia menyokong kedua-dua sistem operasi Windows dan Mac OS X

6. Pwnage tools
PwnageTool adalah alat jailbreak Mac OS X yang mencipta fail firmware pre-jailbroken adat yang mesti dipulihkan ke iPhone, iPod Touch atau iPad supaya ia menjadi jailbroken. Keuntungan menggunakan PwnageTool, bukannya RedSn0w, adalah ia membenarkan pembuka kunci iPhone mengemas kini ke firmware terkini tanpa mengemas kini baseband mereka dalam proses.

MAKSUD ROOT DALAM KONTEKS JAILBREAK
ROOT merupakan satu proses dimana ia membolehkan pengguna telfeon bimbit terutama android mengakses keseluruhan fail sistem bagi memberikan kawalan kepada sistem telefon bimbit. Proses root bagi pengguna iOS ia dipanggil sebagai jailbreak.

KELEBIHAN TELEFON ANDROID YANG SUDAH DI ROOT
  • Masalah handphone Android yang boot loop, tidak mahu start, brick, lupa pin, password atau salah masukkan kunci pola dapat diselesaikan
  • Tidak mempunyai masalah pada jaringan wi-fi apabila melakukan root.
  • Sistem pada telefon tersebut berfungsi dengan baik.


Smadav Antivirus 2017 adalah antivirus kawalan(lapisan kedua) tambahan, dan dikhaskan untuk melindungi USB Flash Disk bagi mengelakkan infeksi virus. Smadav  2017 menyediakan perlindungan yang terbaik, walaupun ia mengambil beberapa tempoh masa semasa proses scan untuk menghabiskan imbasan. Ia menawarkan perlindungan proaktif yang ditambah dengan keselamatan teratur yang melindungi komputer anda daripada pengkhianat di kawasan peribadi anda. Terdapat banyak perisian antivirus yang menjanjikan perkhidmatan terbaik di dunia ini tetapi ianya tetap tidak setanding dengan Smadav Antivirus 2017. 



Ciri Khas Utama SmadAV 2017 :
  • Antivirus USB yang terbaik kerana ia memberikan perlindungan penuh kepada pemacu USB. Mencegah virus daripada tersebar melalui pemacu stik USB. 
  • Perlindungan tambahan kepada komputer anda, 100% kompatibel (serasi) untuk bekerja bersama dengan perisian antivirus yang lain. Ia boleh bekerja sebagai lapisan perlindungan tambahan.
  • Boleh digunakan secara luar talian (ia tidak perlu dikemaskini dengan kerap). Direka untuk digunakan bersama komputer yang jarang atau tidak bersambungan dengan internet. SmadAV tidak memerlukan kemaskini yang kerap seperti antivirus yang lain. Kebiasaanya, ia dikemaskini sekali sebulan.
  • Pembersih dan alat untuk membersihkan virus. SmadAV tidak hanya membuang virus tetapi juga boleh menyelesaikan masalah registry di dalam mesin yang terinfeksi.


Ciri Khas Tambahan SmadAV 2017 :
  • Win-Force, untuk membuka dengan paksa sesetengah program pengurusan sistem di dalam Windows.
  • Satu-Virus Oleh-Pengguna, untuk menambahkan fail yang disyaki secara manual untuk pembersihan virus di dalam Komputer peribadi.
  • Pengurus Proses, untuk mengurus setiap proses dan program yang berjalan di dalam komputer peribadi anda.
  • Sistem Editor, untuk mengubah sesetengah pilihan sistem yang selalu ditukar oleh virus.
  • Smad-Lock, untuk mengimunisasikan pemacu dan komputer anda daripada dijangkiti oleh virus.
Download SmadAV 2017 DISINI



Pada masa kini, tidak ada handphone yang akan terlepas dari virus tetapi ia bergantung kepada cara penjagaan kita terhadap peranti tersebut. Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya handphone mereka sedang diserang virus. Mari kita sama-sama lihat bagaimana untuk mengetahui jika handphone kita sedang dimamah virus atau malware.
  • Telefon akan mati atau off semasa membuat atau menerima panggilan Telefon akan mati dengan tiba-tiba dan ttdak dapat menerima panggilan masuk. 
  • Persembahan/ Performance lambat atau lack Telefon yang diserang virus akan melambatkan proses di dalam handphone tersebut. Handphone akan selalu loading dan mempunyai tindak balas yang lemah.
  • Kuasa bateri mudah habis  Hal ini disebabkan penggunaan tenaga kuasa tidak kelihatan kerana virus sedang bekerja di dalam handphone. Oleh itu, handphone kita mudah habis cas bateri.
  • Paket penggunaan data cepat meningkat Apabila virus bekerja, semasa kita menghidupkan data ia akan memakan banyak data.  Virus akan makan data dari handphone kita.
Cuba lihat handphone anda sama ada mengalami hal yang sama. Jika ya, pastikan anda dengan langkah yang cepat mencari langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Cegah dengan cepat sebelum virus memakan kesemua data dalam handphone anda. 



EaseUS Data Recovery Wizard Technician adalah sebuah perisian yang lengkap dengan keselamatan dan penyimpanan data dari Cakera Keras yang efektif. Ia menyediakan penyelesaian pemulihan data yang boleh dipercayai dan selamat daripada pelbagai jenis situasi kehilangan data. Ia juga membolehkan anda untuk memulihkan jenis fail yang tidak terhad daripada Komputer Peribadi atau laptop, Cakera Keras, Partition hilang, Pemacu USB, kad memori, kamera digital, pemain muzik atau peranti storan yang lain  kerana terpadam, pemformatan, ketidakbolehaksesan partition, serangan virus atau sebab lain yang tidak diketahui. Dengan perisian EaseUs Data Recovery Wizard Technician, ia hanya memerlukan 3 cara ringkas untuk mendapatkan semula data anda yang hilang.


Download EaseUS Data Recovery Wizard Technician 9. 0.0  percuma  DISINI


Ramai pengguna mengeluh bahawa telefon yang telah di format memadamkan kesemua kandungan serta fail peribadi. Oleh itu, fail tidak boleh di selamatkan selepas melakukan format. Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada telefon anda, baca dan ambil kira penerangan berikut :

1. Membuat simpanan fail peribadi (personal file)
Mulakan dengan  menghantar fail-fail ke dalam komputer. Pengguna boleh menggunakan perisian seperti Samsung Kies jika menggunakan peranti Samsung. 

2. Membuat backup installer atau APK (aplikasi) yang telah dimuat turun.
Bagi menyimpan aplikasi penting, pengguna perlu membuat simpanan installer untuk kegunaan semula. Ia akan menjimatkan data internet dengan memasukkan secara offline.

3. Membuat backup data permainan bersaiz besar.

Langkah ini khas bagi pengguna yang mempunyai kad memori permainan yang besar. Pengeluar permainan video games seperti Gameloft memerlukan data yang bersaiz besar. Jika anda ingin menggunakan permainan ini, anda dinasihatkan supaya membuat backup terlebih dahulu. Caranya adalah 
  • Menyimpan data permainan (games data/sd data) di komputer, kemudian dihantar semula ke dalam memori selepas format
  • Dengan melakukan proses penyimpanan data permainan, pengguna tidak perlu lagi memuat turun semula data permainan yang bersaiz besar. Kerana, terdapat games data permainan masih diperlukan selepas memasukkan APK secara manual meskipun data permainan tersebut telah disalin semula ke dalam kad memori. Oleh itu, amaun data yang dimuat turun tersebut lebih bersaiz kecil berbanding memuat turun keseluruhan data permainan penuh.
4. Menyimpan Contact.

Pengguna yang ingin membuat simpanan Contact, pengguna boleh menggunakan Go Contact atau menyambung akaun ke Google Gmail. Setiap pengguna Android yang mahu menggunakan Google Play, pengguna mestilah menghubungkan telefon dengan server Google secara online melalui proses sign-in. Proses ini akan menyimpan maklumat & butiran pengguna termasuklah Contact maka semua Contact pengguna akan dimuat turun semula pada peranti Android.

EASY BACKUP
Easy backup & Restore ini merupakan sebuah aplikasi percuma yang boleh backup semua aplikasi kecuali gambar, music, video dan dokumen. Aplikasi ini dapat berjalan dengan baik pada telefon mudah alih yang belum diroot.

CARA MEMBUAT BACKUP TELEFON DENGAN ‘’EASY BACKUP & RESTORE’’
  • Download Easy Backup & Restore 
  • Buka dan tekan ‘’Yes’’ untuk membuat backup
  • Pilih mana-mana lokasi penyimpanan untuk backup anda.
  • Masukkan nama file backup anda 
  • Selesai 

GOOGLE BACKUP
Google backup merupakan aplikasi yang terdapat pada semua telefon mudah alih. Aplikasi ini memerlukan backup password WiFi, pengaturan aplikasi dan juga data aplikasi. Caranya ialah,
  • Buka menu Settings 
  • Pilih Backup & Reset 
Semua data yang telah dibackup akan disimpan di akaun Google anda.

TITANIUM BACKUP
Aplikasi Titanium backup ini merupakan aplikasi Android yang mempunyai pelbagai fungsi. Ia hanya boleh digunakan pada telefon mudah alih yang telah diroot.  Aplikasi Titanium backup ini dapat di download secara percuma melalui Google Play Store. Aplikasi ini juga sangat mudah untuk digunakan. Root ini memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna yang ingin menaiktarafkan keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap telefon mudah alih pengguna.

Dengan menggunkan aplikasi ini, anda dapat melakukan proses penjadualan backup. Maksudnya, Titanium backup ini dapat melakukan proses backup secara automatic mengikut waktu yang telah anda tentukan. Sama ada setiap hari, mingguan, bulanan atau setahun.   Anda juga boleh menyimpan fail backup anda dalam bentuk update.zip

CARA MEMBUAT BACKUP TELEFON DENGAN TITANIUM BACKUP
  1. Download aplikasi Titanium backup 
  2. Aktifkan USB Debugging dalam telefon mudah alih anda
  3. Buka aplikasi tersebut kemudian akses root
  4. Buka tab Backup & Restore
  5. Pilih folder yang ingin di backup
  6. Klik Yes untuk memulakan backup
  7. Fail backup tersebut automatic akan diberi nama dan tarikh masa di backup

LANGKAH-LANGKAH FORMAT TELEFON MUDAH DIFAHAMI.
  1. Tutup telefon.
  2. Tekan dan tahan butang Volume 
  3. Pada masa yang sama, tekan butang Home serta Power serentak dengan butang Volume
  4. Tunggu sehingga Logo telefon terpapar pada skrin. Apabila muncul Logo telefon, lepaskan kesemua butang
  5. Andoroid anda akan masuk ke sistem Recorvery berlatar belakangkan gambar Android
  6. Gunakan butang Volume dan Home untuk navigasi menu
  7. Pilih Wipe Data/Factory Reset 
Selesai dan mulakan Android seperti biasa.
  • Volume positif = atas
  • Volume negative = bawah
  • Home – Laksana arahan
LANGKAH-LANGKAH PROSES RESTORE
  1. Salin fail peribadi/personal ke dalam kad memori
  2. Salin fail APK installer, melakukan proses memasang dari APK dengan File Manager
  3. Salin folder data tambahan permaianan ke lokasi asal
  4. Melaksanakan pemasangan aplikasi & permainan yang diinginkan
  5. Menempatkan fail backup Go SMS/Go Contact pada folder yang betul
  6. Reboot/Restart

Handphone merupakan gadjet yang semakin menjadi penting dikalangan masyarakat kini tetapi kebanyakkan pengguna masih tidak tahu bagaimana untuk mnggunakannya sampai terkena serangan virus dan tidak dapat bertahan dengan lama. Sekarang saya akan memberi sedikit tips supaya handphone tidak diserang oleh virus atau malware. 
  • Gunakan aplikasi yang boleh dipercayai - Muat turun aplikasi yang dikeluarkan oleh sumber pengeluar yang dipercayai. Sebaik-baiknya muat turun aplikasi melalui Google Play Store tetapi jika anda masih meraguinya lihat pada maklum balas pengguna lain mengenai aplikasi tersebut dan lihat pada rate yang diberikan. 
  • Jangan muat turun aplikasi yang mencurigakan - Kebanyakan aplikasi akan disiarkan di telefon tetapi jangan sesuka hati untuk klik pada paparan tersebut kerana berkemungkinan aplikasi tersebut mengandungi virus atau malware yang tidak kelihatan. 
  • Mengaktifkan ciri-ciri keselamatan - Kita perlu menjaga handphone kita supaya tidak diserang oleh virus. Oleh itu, kita perlulah mengaktifkan Security and Verify Apps supaya setiap aplikasi yang dipasang ke dalam telefon dapat disahkan oleh sistem tersebut bagi mengelakkan virus terus menyerang.
  • Melakukan Update pada handphone - Setiap handphone perlu dikemas kini kerana secara tidak langsung semasa kemaskini dilakukan virus dapat dibuang atau dihindarkan. Kemas kini handphone dikatakan penting kerana Android handphone perlu dikemas kini juga.
  • Muat turun Antivirus - Antivirus bukan sahaja dimuat turun dalam komputer tetapi ia juga penting dan digunakan dalam telefon. Antivirus ini dimuat turun bagi memudahkan kerja menghapuskan virus dalam handphone. Terdapat beberapa jenis antivirus yang sesuai digunakan dalam telefon seperti 360Security, Clean Master, DU booster, Avast Mobile Security dan banyak lagi. 
Saya harap anda dapat mengelak dari melakukan hal-hal yang boleh menyebabkan handphone anda diserang virus dan lemah.



Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget