Articles by "rangkaian"


Hotspot Shield Elite 7 VPN adalah sebuah perisian yang digunakan untuk membina rangkaaian peribadi maya (Virtual Private Network, yang lebih dikenali sebagai VPN) di antara peranti anda dengan gateway Internet anda. Ia menjadi sebuah terowong yang tidak dapa ditemubusi oleh pengintip, penggodam dan ISP yang tidak dikenali untuk mengintip aktiviti pelayaran web anda, mesej segera, muat turun, maklumat kad kredit atau apa-apa sahaja yang anda melibatkan anda dan rangkaian.


Hotspot Shield elite 7 adalah satu jalan penyelesaian keselamatan dan privasi internet serba boleh. Ia bukan sahaja melindungi anda dari ancaman dalam talian berbahaya, malah ia juga melindungi privasi anda dan membolehkan anda mengakses sebarang laman web dan kandungan yang disekat.


Ciri Khas Hotspot Shield Elite 7 VPN :
  • Melindungi alamat IP anda daripada diketahui awam (public)
  • Melayari mana-mana laman web secara awam / tanpa nama (anonymously)
  • Membuka atau melayari mana-mana laman web yang disekat
  • Melindungi anda daripada pengintip atau penggodam
  • Melindungi peranti anda daripada serangan malware
  • Mengawal dan memantau keselamatan sesi laman web anda
Anda boleh download Hotspot Shield Elite 7 VPN dengan percuma, DISINI!





Advance IP Scanner adalah sebuah perisian yang percuma, pantas dan pengimbas rangkaian yang hebat dengan antaramuka yang mesra pengguna. Dalam beberapa saat sahaja, Advance IP Scanner boleh mengesan semua komputer yang berada di dalam rangkaian sama ada berwayar atau tanpa wayar dan menjalankan pengimbasan pada port komputer atau peranti tersebut. Aplikasi ini mengimbas semua peranti rangkaian, dan memberikan anda akses kepada folder yang dikongsi serta Pelayan FTP. Ia menyediakan kawalan jarak jauh bagi komputer (Via RDP dan Radmin) dan juga boleh mematikan komputer dari jauh.




Ciri Khas perisian Advanced IP Scanner ialah :
  • Pengimbasan rangkaian yang pantas
  • Pengesanan alamat MAC
  • Akses Kawalan Jauh
  • Wake-On-Lan Jarak jauh
  • Akses mudah untuk folder dikongsi dan pelayan FTP
  • Kawalan Jauh via RDP dan Radmin




Anda boleh download Advanced IP Scanner DISINI!!







Remote Desktop Connection merupakan satu kaedah untuk membuat pengawalan satu PC dalam sebuah rangkaian. Ianya sangat berguna terutamanya dalam satu sekitaran rangkaian kawasan setempat. Berikut merupakan langkah demi langkah untuk membuat konfigurasi bagi Remote Desktop Connection

SITUASI: PC1 hendak mengawal PC2  

1. Klik pada Button ‘Start’. Pada menu tersebut pilih ‘Computer’ dan klik kanan. Kemudian, klik ‘properties’.

Pada computer Client PC1



2. Langkah kedua, pada paparan tersebut klik ‘Remote Settings’.



3. Pilih pada bahagian ‘Remote’. Tandakan bahagian ‘Allow Remote Assistance Connection to this Computer’. Kemudian tukarkan ‘Don’t Allow’ kepada ‘Allow’. Teruskan dengan klik ‘Apply’.



4. Pastikan Ip Address pada Remote Desktop Connection tersebut telah ditetapkan.



5. Tetapkan Username dan password anda.




6. Pada ruangan komputer, Taipkan IP ADDRESS komputer yang hendak dikawal. Kemudian, klik pada button ‘connect’.


7. Masukkan Username dan Password komputer yang hendak dikawal pada paparan yang muncul seterusnya.


8.  Click pada ‘Yes’ dan anda boleh mengawal computer client.



Untuk lebih jelas , ini merupakan video untuk melakukan konfigurasi bagi Remote Desktop Connection.


Semoga panduan ini dapat membantu anda . Terima Kasih




WIFI ialah satu teknologi rangkaian yang menggunakan wireless yang membolehkan komputer atau peranti lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui isyarat tanpa wayar. Ia menerangkan komponen rangkaian yang merujuk kepada salah satu piawaian 802.11 yang telah dibangunkan oleh IEEE dan telah diterima pakai oleh WI-FI Alliance. Contoh piawai WI-FI dalam urutan kronologi ialah :
  • 802.11a 
  • 802.11b 
  • 802.11g 
  • 802.11n 
  • 802.11ac
WIFI ialah sebenarnya singkatan daripada Wireless Fidelity di mana istilah ini diberikan oleh syarikat WECA iaitu Wireless Ethernet Compatibilty Alliance. WIFI telah diperkenalkan melalui produk yang menggunakan tanpa wayar pada akhir tahun 1998. Penggunaan WIFI adalah kepada sistem rangkaian pautan yang menggunakan Wireless iaitu Broadband, Access Point dan Kad WIFI yang dipasang atau diinstall dalam PC atau laptop untuk membolehkan pengguna berkongsi fail, menggunakan pencetak jarak jauh dan melayari internet seperti biasa yang dilakukan dalam rangkaian setempat (LAN).

PERALATAN  WIFI


WiFi Adapter - Sebagai penerima isyarat WiFi sekiranya PC ataupun Laptop anda tidak mempunyai Wireless connection.







WiFi booster- Booster akan menerima dan menyampaikan isyarat WiFi pada kadar yang tinggi, ini bermaksud ia mempunyai akses yang maksimum radius berbanding isyarat normal yang terdapat pada laptop atau PC yang kira-kira 10-30 meter radius.



Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget