Apa itu Factory Reset Telefon Pintar?


Factory Reset merujuk kepada satu kaedah yang dilakukan terhadap peranti untuk mengembalikan ia kepada sistem operasi yang sedia ada, keadaan peranti tersebut adalah seperti baru keluar dari kilang.

Factory reset berkeupayaan untuk menyelesaikan hampir semua masalah yang dsebabkan oleh kegagalan sistem operasi atau masalah perisian dalam handphone. Proses ini akan berkerja dengan menghapuskan semua data dan aplikasi yang disimpan pada memory dalam telefon. Ia biasanya dapat dilakukan melalui menu setting yang tertera pada telefon pintar. Tetapi sekiranya sistem operasi tidak dapat berjalan, maka reset factory perlu dilakukan secara manual. 

Ianya memerlukan recovery mode. Ketika melakukan recovery mode, touch screen tidak dapat digunakan. Kita hanya melakukan reset factory menggunakan butang-butang yang terdapat pada telefon. 

Tidak perlu takut atau risau sekiranya anda ingin reset handphone anda kerana ia tidak akan membahayakan handphone anda malah ia akan menjadikan handphone anda kelihatan baru.

Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget