Bagaimana untuk mengelakkan telefon daripada serangan virus

Handphone merupakan gadjet yang semakin menjadi penting dikalangan masyarakat kini tetapi kebanyakkan pengguna masih tidak tahu bagaimana untuk mnggunakannya sampai terkena serangan virus dan tidak dapat bertahan dengan lama. Sekarang saya akan memberi sedikit tips supaya handphone tidak diserang oleh virus atau malware. 
  • Gunakan aplikasi yang boleh dipercayai - Muat turun aplikasi yang dikeluarkan oleh sumber pengeluar yang dipercayai. Sebaik-baiknya muat turun aplikasi melalui Google Play Store tetapi jika anda masih meraguinya lihat pada maklum balas pengguna lain mengenai aplikasi tersebut dan lihat pada rate yang diberikan. 
  • Jangan muat turun aplikasi yang mencurigakan - Kebanyakan aplikasi akan disiarkan di telefon tetapi jangan sesuka hati untuk klik pada paparan tersebut kerana berkemungkinan aplikasi tersebut mengandungi virus atau malware yang tidak kelihatan. 
  • Mengaktifkan ciri-ciri keselamatan - Kita perlu menjaga handphone kita supaya tidak diserang oleh virus. Oleh itu, kita perlulah mengaktifkan Security and Verify Apps supaya setiap aplikasi yang dipasang ke dalam telefon dapat disahkan oleh sistem tersebut bagi mengelakkan virus terus menyerang.
  • Melakukan Update pada handphone - Setiap handphone perlu dikemas kini kerana secara tidak langsung semasa kemaskini dilakukan virus dapat dibuang atau dihindarkan. Kemas kini handphone dikatakan penting kerana Android handphone perlu dikemas kini juga.
  • Muat turun Antivirus - Antivirus bukan sahaja dimuat turun dalam komputer tetapi ia juga penting dan digunakan dalam telefon. Antivirus ini dimuat turun bagi memudahkan kerja menghapuskan virus dalam handphone. Terdapat beberapa jenis antivirus yang sesuai digunakan dalam telefon seperti 360Security, Clean Master, DU booster, Avast Mobile Security dan banyak lagi. 
Saya harap anda dapat mengelak dari melakukan hal-hal yang boleh menyebabkan handphone anda diserang virus dan lemah.



Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget