Cara-Cara Backup Data Dalam Telefon Pintar Anda

Ramai pengguna mengeluh bahawa telefon yang telah di format memadamkan kesemua kandungan serta fail peribadi. Oleh itu, fail tidak boleh di selamatkan selepas melakukan format. Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada telefon anda, baca dan ambil kira penerangan berikut :

1. Membuat simpanan fail peribadi (personal file)
Mulakan dengan  menghantar fail-fail ke dalam komputer. Pengguna boleh menggunakan perisian seperti Samsung Kies jika menggunakan peranti Samsung. 

2. Membuat backup installer atau APK (aplikasi) yang telah dimuat turun.
Bagi menyimpan aplikasi penting, pengguna perlu membuat simpanan installer untuk kegunaan semula. Ia akan menjimatkan data internet dengan memasukkan secara offline.

3. Membuat backup data permainan bersaiz besar.

Langkah ini khas bagi pengguna yang mempunyai kad memori permainan yang besar. Pengeluar permainan video games seperti Gameloft memerlukan data yang bersaiz besar. Jika anda ingin menggunakan permainan ini, anda dinasihatkan supaya membuat backup terlebih dahulu. Caranya adalah 
  • Menyimpan data permainan (games data/sd data) di komputer, kemudian dihantar semula ke dalam memori selepas format
  • Dengan melakukan proses penyimpanan data permainan, pengguna tidak perlu lagi memuat turun semula data permainan yang bersaiz besar. Kerana, terdapat games data permainan masih diperlukan selepas memasukkan APK secara manual meskipun data permainan tersebut telah disalin semula ke dalam kad memori. Oleh itu, amaun data yang dimuat turun tersebut lebih bersaiz kecil berbanding memuat turun keseluruhan data permainan penuh.
4. Menyimpan Contact.

Pengguna yang ingin membuat simpanan Contact, pengguna boleh menggunakan Go Contact atau menyambung akaun ke Google Gmail. Setiap pengguna Android yang mahu menggunakan Google Play, pengguna mestilah menghubungkan telefon dengan server Google secara online melalui proses sign-in. Proses ini akan menyimpan maklumat & butiran pengguna termasuklah Contact maka semua Contact pengguna akan dimuat turun semula pada peranti Android.

EASY BACKUP
Easy backup & Restore ini merupakan sebuah aplikasi percuma yang boleh backup semua aplikasi kecuali gambar, music, video dan dokumen. Aplikasi ini dapat berjalan dengan baik pada telefon mudah alih yang belum diroot.

CARA MEMBUAT BACKUP TELEFON DENGAN ‘’EASY BACKUP & RESTORE’’
  • Download Easy Backup & Restore 
  • Buka dan tekan ‘’Yes’’ untuk membuat backup
  • Pilih mana-mana lokasi penyimpanan untuk backup anda.
  • Masukkan nama file backup anda 
  • Selesai 

GOOGLE BACKUP
Google backup merupakan aplikasi yang terdapat pada semua telefon mudah alih. Aplikasi ini memerlukan backup password WiFi, pengaturan aplikasi dan juga data aplikasi. Caranya ialah,
  • Buka menu Settings 
  • Pilih Backup & Reset 
Semua data yang telah dibackup akan disimpan di akaun Google anda.

TITANIUM BACKUP
Aplikasi Titanium backup ini merupakan aplikasi Android yang mempunyai pelbagai fungsi. Ia hanya boleh digunakan pada telefon mudah alih yang telah diroot.  Aplikasi Titanium backup ini dapat di download secara percuma melalui Google Play Store. Aplikasi ini juga sangat mudah untuk digunakan. Root ini memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna yang ingin menaiktarafkan keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap telefon mudah alih pengguna.

Dengan menggunkan aplikasi ini, anda dapat melakukan proses penjadualan backup. Maksudnya, Titanium backup ini dapat melakukan proses backup secara automatic mengikut waktu yang telah anda tentukan. Sama ada setiap hari, mingguan, bulanan atau setahun.   Anda juga boleh menyimpan fail backup anda dalam bentuk update.zip

CARA MEMBUAT BACKUP TELEFON DENGAN TITANIUM BACKUP
  1. Download aplikasi Titanium backup 
  2. Aktifkan USB Debugging dalam telefon mudah alih anda
  3. Buka aplikasi tersebut kemudian akses root
  4. Buka tab Backup & Restore
  5. Pilih folder yang ingin di backup
  6. Klik Yes untuk memulakan backup
  7. Fail backup tersebut automatic akan diberi nama dan tarikh masa di backup

LANGKAH-LANGKAH FORMAT TELEFON MUDAH DIFAHAMI.
  1. Tutup telefon.
  2. Tekan dan tahan butang Volume 
  3. Pada masa yang sama, tekan butang Home serta Power serentak dengan butang Volume
  4. Tunggu sehingga Logo telefon terpapar pada skrin. Apabila muncul Logo telefon, lepaskan kesemua butang
  5. Andoroid anda akan masuk ke sistem Recorvery berlatar belakangkan gambar Android
  6. Gunakan butang Volume dan Home untuk navigasi menu
  7. Pilih Wipe Data/Factory Reset 
Selesai dan mulakan Android seperti biasa.
  • Volume positif = atas
  • Volume negative = bawah
  • Home – Laksana arahan
LANGKAH-LANGKAH PROSES RESTORE
  1. Salin fail peribadi/personal ke dalam kad memori
  2. Salin fail APK installer, melakukan proses memasang dari APK dengan File Manager
  3. Salin folder data tambahan permaianan ke lokasi asal
  4. Melaksanakan pemasangan aplikasi & permainan yang diinginkan
  5. Menempatkan fail backup Go SMS/Go Contact pada folder yang betul
  6. Reboot/Restart

Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget