2017-08-06


Perisian CCleaner yang dibangunkan oleh Pirifom, adalah perisian yang laju dan senang untuk digunakan. Ia merupakan perisian yang membuat komputer anda menjadi lebih laju, lebih selamat dan lebih dipercayai. CCleaner akan memadam cookies, fail sementara dan yang lain,atau yang tidak digunakan yang boleh menggangu kelancaran sistem operasi anda. Ia akan mengosongkan ruang cakera keras dan membolehkan sistem anda berjalan dengan baik dan lancar. Membuang data yang tidak diperlukan juga bererti CCleaner melindungi anda semasa anda sedang melayari Internet dengan selamat. Binaan Pembersih Registry menyelesaikan masalah ralat dan kerosakan untuk menjadikan komputer anda lebih stabil. Ringkas tetapi CCleaner sangat berkuasa di dalam menjalankan tugasnya. Oleh kerana itu CCleaner menjadi pilihan lebih 2 bilion pengguna Komputer ! Versi CCleaner bagi Pakar, Professional, Rangkaian, Perniagaan dan Juruteknik adalah tersedia bagi pengguna yang memerlukannya.


Ciri Khas CCleaner 5.32.6129 :
  • Melayari Internet dengan lebih selamat
  • Komputer lebih Cepat dan Lancar
  • Mengurangkan kerosakan dan kesilapan dalam sistem
  • Penyesuaian pembersihan

Anda boleh muaturun / download CCleaner 5.32.6129  percuma DISINI!!



uTorrent Pro Plus  kini kembali tanpa bayaran untuk ciri premium lagi. Hanya muaturun uTorrent.


Ciri Premium :
  • Melindungi komputer anda daripada antivirus bersepadu.
  • Mendapatkan codec yang anda perlukan untuk menikmati Video HD.
  • Membuka ciri "Local Peer Discovery".
  • Memindahkan fail anda kepada peranti pilihan anda.
  • Membuka ciri "Enable DHT"
  • Tidak ada iklan.
  • Membuka ciri "Peer Exchange"

Anda boleh download uTorrent Pro Plus percuma  DISINI!!!



AVG Internet Security Unlimited 2017 adalah sebuah perisian antivirus yang dikhaskan untuk keselamatan Internet. Ia kini boleh digunakan untuk memeriksa malware ataupun isu-isu prestasi, membantu anda untuk mengelakkan laman web palsu, dengan yang baru, dengan sentuhan rekaan ringkas yang baru, anda sendiri boleh melihat bagaimana anda dilindungi olehnya. Dengan satu sahaja langganan, ia meliputi pelbagai peranti yang ada pada keluarga anda, anda pasti dilindungi sepanjang masa.

AVG Internet Security Unlimited 2017 mampu menyekat pautan yang telah dijangkiti malware, memeriksa fail sebelum membenarkan anda untuk memuatturunnya, dan membantu anda untuk melindungi data peribadi dalam talian dan Komputer anda dengan ciri khas baru yang telah dipertingkatkan.


Ciri Khas AVG Internet Security Unlimited 2017 :
  • Perlindungan Komputer : Perlindungan masa-nyata yang membantu anda untuk bebas daripada malware, termasuklah virus, ransomware, spyware, rootkit dan trojan. Ia menggunakan AI yang maju dan alat analisis mas-nyata untuk menghentikan ancaman daripada mencapai anda.
  • Perlindungan Web dan Email : Menyekat sebarang pautan yang tidak selamat, muatturun yang mencurigakan, dan lampiran emel yang disyaki berbahaya
  • Perlindungan daripada serangan penggodam : Meningkatkan perlindungan Firewall untuk memastikan keselamatan data peribadi; fail, gambar, dan kata laluan sentiasa dikawal.
  • Perlindungan data peribadi : Anda boleh menyulitkan dan menyembunyikan dokumen sulit anda, atau anda boleh melupuskan sebarang data yang tidak diingini secara kekal.
  • Perlindungan Pembayaran : Tidak mengira waktu anda melayari Internet, membeli-belah atau sedang melakukan transaksi pembankan, AVG menyediakan perlindungan tambahan yang anda sangat perlukan. Anda boleh menyekat spam dan penipuaan, dan mengelakkan peniru atau pemalsu laman web.
Anda boleh download AVG Internet Security Unlimited 2017 percuma  DISINI!!!



Avira Antivirus Pro adalah sebuah perisian antivirus yang sangat dikenali oleh kebanyakkan pengguna komputer. Versi baru bagi perisian ini baru sahaja dikeluarkan! Ia dilengkapi dengan sistem peringatan-awalan yang akan menganalisis fail yang tidak diketahui di dalam Cloud, tanpa nama, daripada berjuta pengguna, untuk melindungi anda daripada ancaman mereka apabila mereka muncul pada masa-nyata.



Ciri Khas Utama Avira Antivirus Pro :
  • Perlindungan secara percuma bagi jangkamasa yang panjang 
  • Dipercayai oleh lebih 200 juta pengguna 
  • Perisian Enjin virus yang telah memenangi anugerah 
  • Perlindungan pada masa-nyata daripada Cloud untuk menentang sebarang ancaman 
  • Menyekat program yang tidak diingini yang tersembunyi di dalam mana-mana perisian 
  • Menyekat laman web yang pernah dijangkiti sebelum memuatkannya 
  • Mampu menyekat lebih 50 juta ancaman setiap hari. 



Anda boleh muat turun perisian antivirus AVIRA secara percuma di SINI!!


Disini saya akan mengongsikan kepada anda kamera telefon yang mempunyai kualiti tinggi. Telefon-telefon ini tidak memerlukan aplikasi untuk mencantikkan diri tetapi camera telefon ini telah sedia menyediakan efect yang baik dan menarik.

Mari sama-sama kita melihat telefon yang mempunyai kualiti tinggi.
  • Apple Iphone 7 Plus

  • Huawei P9

  • Sony Xperia X

  • Google Pixel
  • Samsung Galaxy S8

Kesemua telefon ini mempunyai kamera yang berkualiti tinggi yang tidak memerlukan aplikasi kamera untuk mendapat efect yang terang.



Adalah menjadi kebiasaan dalam kalangan wanita adalah berminat untuk mengambil gambar selfie untuk mencipta kenangan. Pada era moden ini, terdapat beberapa jenis aplikasi yang telah dinaik taraf supaya menampakkan kecantikan kita. Bukan kaum wanita sahaja yang berminat untuk mengambil gambar tetapi dalam kalangan lelaki juga berlaku sedemikian. 

Disini saya akan memberi cadangan kepada anda aplikasi yang popular digunakan untuk telefon
  • Youcam
Youcam adalah salah satu aplikasi yang popular digunakan dalam kalangan penggemar selfie kerana Youcam menyediakan efect yang lebih cerah dan terang. Youcam boleh menjadikan wajah lebih putih dan terang. Rating untuk Youcam dalam Google Play Store adalah 4.4
  • B612

Camera B612 adalah camera yang dicipta untuk selfie dengan kasih/love. Ciri-ciri yang disediakan adalah bukan sahaja digunakan untuk mengambil gambar tetapi boleh mengadakan rakaman video. Mereka menyediakan ikon-ikon yang boleh menarik minat pengguna. Rating aplikasi ini adalah 4.2

  • Candy Camera


Candy Camera adalah aplikasi yang akan memberikan anda kepuasan hati dimana ia menyediakan beberapa efect yang menawan, design atau corak yang menarik, dan efect cahaya yang terang. Rating untuk aplikasi ini adalah 4.3

  • Selfie Grid

Selfie Grid pula adalah aplikasi yang digunakan untuk menggabungkan beberapa gambar menjadi satu. Gambar-gambar tersebut boleh dicantum menjadi 2, 4,6 dan dalam pelbagai corak atau design yang menarik. Rating untuk aplikasi ini adalah 3.8

  • Photo Editor

Photo Editor adalah aplikasi yang digunakan untuk mengedit gambar. Photo Editor ini juga popular dalam kalangan penggemar selfie. Kerana ia menyediakan efect yang cerah dalam masa yang sama ia mudah untuk digunakan dalam telefon. Rating untuk aplikasi ini adalah 4.2

Jangan lupa cuba download di telefon anda, sebelum itu pastikan anda mendownload/ memuat turun aplikasi ini dari sumber yang dipercayai supaya telefon anda tidak dijangkiti virus. Cara lain adalah dengan ShareIt tetapi pastikan juga aplikasi tersebut adalah sah. 




Skrin atau graphic yang cantik adalah salah satu keperluan yang oleh pengguna. Bagaimana sekiranya skrin kita tidak dapat berfungsi dengan betul? Anda pasti akan berfikiran bahawa ianya tidak dapat dibaiki. Mari kita lihat bagaimana cara cara  untuk mengembalikan ia kepada yang asal.

Langkah-langkah membaiki skrin telefon bermasalah
  1. Mula-mula, pastikan telefon anda tidak mempunyai sebarang keretakan pada skrin
  2. Buka semua alat pelindung pada skrin anda
  3. Biarkan bahagian skrin bersih tanpa sebarang pelekat pada sensor
  4. Jangan menggunakan sarung tangan 
  5. Tindakan pertama adalah mematikan kuasa peranti dan hidupkan ia semula
  6. Kemudian check sama ada skrin suda mula baik
  7. Periksa sama ada terdapat aplikasi yang menjadi punca kepada masalah
  8. Untuk memeriksa aplikasi, pastikan anda masuk ke dalam mod selamat bagi mengetahuinya.
  9. Sekiranya masalah tidak dapat dikesan atau diselesaikan, matikan pilihan pembangunan anda (Development) pada settings
  10. Tetapi jika masih tidak dapat diselamatkan, apa yang perlu dilakukan adalah mengembalikan ia kepada keadaan asal "Factory Reset". http://ict-kvld.blogspot.my/2017/08/sekiranyasemua-data-didalam-telefon.html

Selamat mencuba sambil belajar bersama-sama :)


Adakah anda seorang PC Gamer yang tercari-cari akan permainan yang baru? Wolfenstein 2: The New Colossus mungkin jawapan yang anda cari.

Wolfenstein 2: The New Colossus adalah permainan yang bakal menemui anda pada 27 October 2017, dibangunkan oleh syarikat MachineGames dan akan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. 


Ia adalah permainan tentang menembak Nazi. Sesetengah orang berkata ada terlalu banyak permainan tentang menembak Nazi tetapi sebenarnya tidak. Sekuel ini adalah reboot 2014 untuk melihat BJ Blazkowicz melawan ke atas United States, dan ciri-khasnya adalah akan menampilkan lebih banyak senjata yang tidak realistik, berbanding dengan sebelumnya.

Lihat Video trailer dibawah untuk mendapatkan bayangan awal kepada permainan ini!







Remote Desktop Connection merupakan satu kaedah untuk membuat pengawalan satu PC dalam sebuah rangkaian. Ianya sangat berguna terutamanya dalam satu sekitaran rangkaian kawasan setempat. Berikut merupakan langkah demi langkah untuk membuat konfigurasi bagi Remote Desktop Connection

SITUASI: PC1 hendak mengawal PC2  

1. Klik pada Button ‘Start’. Pada menu tersebut pilih ‘Computer’ dan klik kanan. Kemudian, klik ‘properties’.

Pada computer Client PC1



2. Langkah kedua, pada paparan tersebut klik ‘Remote Settings’.



3. Pilih pada bahagian ‘Remote’. Tandakan bahagian ‘Allow Remote Assistance Connection to this Computer’. Kemudian tukarkan ‘Don’t Allow’ kepada ‘Allow’. Teruskan dengan klik ‘Apply’.



4. Pastikan Ip Address pada Remote Desktop Connection tersebut telah ditetapkan.



5. Tetapkan Username dan password anda.




6. Pada ruangan komputer, Taipkan IP ADDRESS komputer yang hendak dikawal. Kemudian, klik pada button ‘connect’.


7. Masukkan Username dan Password komputer yang hendak dikawal pada paparan yang muncul seterusnya.


8.  Click pada ‘Yes’ dan anda boleh mengawal computer client.



Untuk lebih jelas , ini merupakan video untuk melakukan konfigurasi bagi Remote Desktop Connection.


Semoga panduan ini dapat membantu anda . Terima Kasih




WIFI ialah satu teknologi rangkaian yang menggunakan wireless yang membolehkan komputer atau peranti lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui isyarat tanpa wayar. Ia menerangkan komponen rangkaian yang merujuk kepada salah satu piawaian 802.11 yang telah dibangunkan oleh IEEE dan telah diterima pakai oleh WI-FI Alliance. Contoh piawai WI-FI dalam urutan kronologi ialah :
  • 802.11a 
  • 802.11b 
  • 802.11g 
  • 802.11n 
  • 802.11ac
WIFI ialah sebenarnya singkatan daripada Wireless Fidelity di mana istilah ini diberikan oleh syarikat WECA iaitu Wireless Ethernet Compatibilty Alliance. WIFI telah diperkenalkan melalui produk yang menggunakan tanpa wayar pada akhir tahun 1998. Penggunaan WIFI adalah kepada sistem rangkaian pautan yang menggunakan Wireless iaitu Broadband, Access Point dan Kad WIFI yang dipasang atau diinstall dalam PC atau laptop untuk membolehkan pengguna berkongsi fail, menggunakan pencetak jarak jauh dan melayari internet seperti biasa yang dilakukan dalam rangkaian setempat (LAN).

PERALATAN  WIFI


WiFi Adapter - Sebagai penerima isyarat WiFi sekiranya PC ataupun Laptop anda tidak mempunyai Wireless connection.







WiFi booster- Booster akan menerima dan menyampaikan isyarat WiFi pada kadar yang tinggi, ini bermaksud ia mempunyai akses yang maksimum radius berbanding isyarat normal yang terdapat pada laptop atau PC yang kira-kira 10-30 meter radius.




Permainan yang telah diperbaharui dengan ciri khas berganda di mana dua novel visual yang membingungkan dirangkumkan bersama, 999 dan Virtue’s Last Reward, permainan The Nonary Games adalah ‘seperti memerangkap otak anda di jakuzi’. Bagi peminat jalan bercabang (seperti kematian dahsyat), teka-teki dan klik, serta kuliah falsafah, permainan The Nonary Games menanti anda !

Hasil daripada permainan ini, ia mengajar kita untuk menjadi pintar tanpa sombong ! The Nonary Games pasti berjaya menetapkan bar untuk genrenya! 


Anda boleh muat turun di SINI !



Kebiasaannya kita leka menjaga telefon kita terutama ketika dipegang oleh anak yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan. Sekiranya telefon kita basah atau terkena air apa yang perlu kita lakukan pasti kita akan risau dan mati akal tetapi saya akan membawa kita bersama-sama melihat bagaimana untuk mengeringkan telefon kita supaya dapat digunakan seperti sedia kala.

Cara-cara mengeringkan telefon yang basah dengan mudah;
  • Keringkan dibawah matahari
Matahari adalah sumber cahaya utama dan ia mempunyai haba yang kuat dan mampu mengeringkan benda yang basah. Demikian juga dengan telefon anda, matahari boleh mengeringkannya dengan cepat dan mudah. 


  • Masukkan ke dalam beras
Beras bukan sahaja boleh digunakan untuk dijadikan beras tetapi ia juga boleh digunakan dalam hal yang sebegini.  Beras ini mempunyai pelbagai fungsi. Jika telefon dimasukkan ke dalam beras pastikan setiap bahagian telefon anda diasingkan seperti bateri dan buka casing telefon. Biarkan telefon didalam selama 1-2 hari dan jika lama lebih baik. 


  • Vacum
Vacum yang digunakan bukanlah vacum yang digunakan dirumah tetapi terdapat vacum khas untuk telefon dan komputer dimana saiznya adalah lebih kecil dan boleh memasuki ruang kecil dalam peranti ini. 

  • Silica Gel
Silica Gel ini juga mempunyai kelebihan dimana ia juga boleh digunakan untuk mengeringkan telefon anda yang basah atau terkena basah.  Silica Gel ini biasanya dijumpai pada kasut yang baru dibeli tetapi  kali ini anda masukkan sahaja telefon basah anda didalam Silica Gel ini. 

  • Blower
Blower biasanya digunakan untuk mengeringkan rambut yang basah tetapi sebenarnya ia mempunyai fungsi yang sama untuk mengeringkan telefon anda yang basah. Blower ini akan mengeluarkan haba yang panas sehingga membolehkan telefon anda kering diluar dan didalam. 


Mari sama-sama kita mencuba.. Pastikan anda mengambil tindakan segera sekiranya berlaku hal yang sedemikian pada telefon anda. 


Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget