Apa itu Wi-Fi?


WIFI ialah satu teknologi rangkaian yang menggunakan wireless yang membolehkan komputer atau peranti lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui isyarat tanpa wayar. Ia menerangkan komponen rangkaian yang merujuk kepada salah satu piawaian 802.11 yang telah dibangunkan oleh IEEE dan telah diterima pakai oleh WI-FI Alliance. Contoh piawai WI-FI dalam urutan kronologi ialah :
  • 802.11a 
  • 802.11b 
  • 802.11g 
  • 802.11n 
  • 802.11ac
WIFI ialah sebenarnya singkatan daripada Wireless Fidelity di mana istilah ini diberikan oleh syarikat WECA iaitu Wireless Ethernet Compatibilty Alliance. WIFI telah diperkenalkan melalui produk yang menggunakan tanpa wayar pada akhir tahun 1998. Penggunaan WIFI adalah kepada sistem rangkaian pautan yang menggunakan Wireless iaitu Broadband, Access Point dan Kad WIFI yang dipasang atau diinstall dalam PC atau laptop untuk membolehkan pengguna berkongsi fail, menggunakan pencetak jarak jauh dan melayari internet seperti biasa yang dilakukan dalam rangkaian setempat (LAN).

PERALATAN  WIFI


WiFi Adapter - Sebagai penerima isyarat WiFi sekiranya PC ataupun Laptop anda tidak mempunyai Wireless connection.







WiFi booster- Booster akan menerima dan menyampaikan isyarat WiFi pada kadar yang tinggi, ini bermaksud ia mempunyai akses yang maksimum radius berbanding isyarat normal yang terdapat pada laptop atau PC yang kira-kira 10-30 meter radius.



Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget