Cara mengeringkan telefon yang basah dengan mudah


Kebiasaannya kita leka menjaga telefon kita terutama ketika dipegang oleh anak yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan. Sekiranya telefon kita basah atau terkena air apa yang perlu kita lakukan pasti kita akan risau dan mati akal tetapi saya akan membawa kita bersama-sama melihat bagaimana untuk mengeringkan telefon kita supaya dapat digunakan seperti sedia kala.

Cara-cara mengeringkan telefon yang basah dengan mudah;
  • Keringkan dibawah matahari
Matahari adalah sumber cahaya utama dan ia mempunyai haba yang kuat dan mampu mengeringkan benda yang basah. Demikian juga dengan telefon anda, matahari boleh mengeringkannya dengan cepat dan mudah. 


  • Masukkan ke dalam beras
Beras bukan sahaja boleh digunakan untuk dijadikan beras tetapi ia juga boleh digunakan dalam hal yang sebegini.  Beras ini mempunyai pelbagai fungsi. Jika telefon dimasukkan ke dalam beras pastikan setiap bahagian telefon anda diasingkan seperti bateri dan buka casing telefon. Biarkan telefon didalam selama 1-2 hari dan jika lama lebih baik. 


  • Vacum
Vacum yang digunakan bukanlah vacum yang digunakan dirumah tetapi terdapat vacum khas untuk telefon dan komputer dimana saiznya adalah lebih kecil dan boleh memasuki ruang kecil dalam peranti ini. 

  • Silica Gel
Silica Gel ini juga mempunyai kelebihan dimana ia juga boleh digunakan untuk mengeringkan telefon anda yang basah atau terkena basah.  Silica Gel ini biasanya dijumpai pada kasut yang baru dibeli tetapi  kali ini anda masukkan sahaja telefon basah anda didalam Silica Gel ini. 

  • Blower
Blower biasanya digunakan untuk mengeringkan rambut yang basah tetapi sebenarnya ia mempunyai fungsi yang sama untuk mengeringkan telefon anda yang basah. Blower ini akan mengeluarkan haba yang panas sehingga membolehkan telefon anda kering diluar dan didalam. 


Mari sama-sama kita mencuba.. Pastikan anda mengambil tindakan segera sekiranya berlaku hal yang sedemikian pada telefon anda. 


Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget