5 Aplikasi Kamera Telefon Terbaik


Adalah menjadi kebiasaan dalam kalangan wanita adalah berminat untuk mengambil gambar selfie untuk mencipta kenangan. Pada era moden ini, terdapat beberapa jenis aplikasi yang telah dinaik taraf supaya menampakkan kecantikan kita. Bukan kaum wanita sahaja yang berminat untuk mengambil gambar tetapi dalam kalangan lelaki juga berlaku sedemikian. 

Disini saya akan memberi cadangan kepada anda aplikasi yang popular digunakan untuk telefon
  • Youcam
Youcam adalah salah satu aplikasi yang popular digunakan dalam kalangan penggemar selfie kerana Youcam menyediakan efect yang lebih cerah dan terang. Youcam boleh menjadikan wajah lebih putih dan terang. Rating untuk Youcam dalam Google Play Store adalah 4.4
  • B612

Camera B612 adalah camera yang dicipta untuk selfie dengan kasih/love. Ciri-ciri yang disediakan adalah bukan sahaja digunakan untuk mengambil gambar tetapi boleh mengadakan rakaman video. Mereka menyediakan ikon-ikon yang boleh menarik minat pengguna. Rating aplikasi ini adalah 4.2

  • Candy Camera


Candy Camera adalah aplikasi yang akan memberikan anda kepuasan hati dimana ia menyediakan beberapa efect yang menawan, design atau corak yang menarik, dan efect cahaya yang terang. Rating untuk aplikasi ini adalah 4.3

  • Selfie Grid

Selfie Grid pula adalah aplikasi yang digunakan untuk menggabungkan beberapa gambar menjadi satu. Gambar-gambar tersebut boleh dicantum menjadi 2, 4,6 dan dalam pelbagai corak atau design yang menarik. Rating untuk aplikasi ini adalah 3.8

  • Photo Editor

Photo Editor adalah aplikasi yang digunakan untuk mengedit gambar. Photo Editor ini juga popular dalam kalangan penggemar selfie. Kerana ia menyediakan efect yang cerah dalam masa yang sama ia mudah untuk digunakan dalam telefon. Rating untuk aplikasi ini adalah 4.2

Jangan lupa cuba download di telefon anda, sebelum itu pastikan anda mendownload/ memuat turun aplikasi ini dari sumber yang dipercayai supaya telefon anda tidak dijangkiti virus. Cara lain adalah dengan ShareIt tetapi pastikan juga aplikasi tersebut adalah sah. 


Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget