Apakah "Near Field Communication" (NFC)


NFC
atau Near Field Communication adalah teknologi wireless electromagnet yang direka untuk membolehkan komunikasi berlaku antara 2 peranti NFC apabila didekatkan. NFC ini akan dimasukkan ke dalam Teknologi Apple. Device yang dilengkapi dengan NFC boleh berkomunikasi secara terus kepada peranti NFC lain dengan menggunakan chip yang dikenali sebagai NFC tag.

NFC tags adalah chip yang tidak mempunyai elektrik yang menarik elektrik dari sesebuah smartphone yang dilekatkan(ditempelkan) atau antara peranti NFC yang lain. Cara untuk menghubungkan peranti NFC ialah dengan didekatkan secara back to back.

Komunikasi NFC adalah satu bentuk jarak pendek komunikasi tanpa wayar dimana antena yang digunakan adalah lebih kecil daripada panjang gelombang isyarat. Antena yang dimaksudkan adalah boleh menghasilkan sama ada medan elektrik atau medan magnet tetapi tidak boleh menghasilkan medan electromagnet. Oleh itu, NFC boleh berkomunikasi sama ada dalam medan elektrik atau medan magnet tetapi tidak melalui radio / gelombang electromagnet.

T
erdapat beberapa jenis smartphone yang menggunakan teknologi NFC sama ada Android atau Windows tetapi tidak bagi Apple.



NFC Smartphone (Sony Ericsson) 1.1


NFC Smartphone (Nexus 4) 1.2



NFC Smartphone (Nexus S) 1.3



NFC Smartphone (Samsung S III) 1.4



NFC Smartphone (Nokia Lumia Series) 1.5
NFC Smartphone (Samsung Nexus) 1.6
NFC Smartphone (Windows Phone 8x) 1.7

Fungsi-fungsi aplikasi NFC (Near Field Communication)
  • 2 telefon bimbit NFC boleh bertukar-tukar data antara satu sama lain.
  • Alat kamera NFC boleh memindahkan gambar ke komputer yang dilengkapi NFC atau HDTV.
  • Komputer yang dilengkapi dengan NFC boleh memindahkan data ke peranti mudah alih.
  • Boleh digunakan untuk menyemak atau membayar di suatu daftar tunai atau dompet maya.
  • Penggunaan peranti mudah alih boleh membuat pembelian daripada mesin layan diri.
  • Peranti mudah alih NFC juga boleh membayar meter letak kereta
  • Boleh mengakses tunai daripada mesin ATM.
Kelebihan NFC
  • Dapat memudahkan transaksi pembayaran tanpa menggunakan kad kredit/ kad prabayar
  • Sambungan dengan peranti lain sangat mudah iatu dengan 1 sentuhan sahaja
  • Aman dan terlindung kerana NFC mempunyai System Security yang baik.
  • Transaksi pembayaran dapat dilakukan dengan cepat
  • Tidak memerlukan pembayaran untuk penghantaran

Kekurangan NFC

  • Masih belum diperkembangkan di semua jenis smartphone
  • Penghantaran masih memerlukan jarak yang dekat
  • Smartphone yang mempunyai teknologi NFC ini mempunyai harga yang mahal
  • Kelajuan semasa penghantaran data juga masih lambat atau rendah
  • Kebanyakkan device masih belum dapat menyokong teknologi ini.

Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget