Bagaimana untuk mengetahui sama ada telefon adalah ORIGINAL

Kebanyakkan keluaran telefon bimbit pada masa kini adalah tidak original atau asli kerana kebanyakannya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pembelian yang mahal. Telefon bimbit pada masa kini juga kebanyakkannya adalah hampir sama tetapi dapat dibezakan dengan kelajuan dan kebolehan telefon tersebut. Telefon bimbit dapat dikenalpasti secara umum ketika pembelian adalah dengan melihat beberapa elemen seperti ;

Original Set
  • Jaminan 1 tahun untuk keseluruhan telefon
  • Cas bateri
  • Kad jaminan ditulis ke alamat central/ kilang milik jenama telefon

AP Set
  • Jaminan hanya 3-5 bulan
  • Tidak termasuk monitor telefon
  • Kad jaminan ditulis ke alamat selain Nokia dan Motorola
  • Dikeluarkan oleh pengilang yang mempunyai lessen dari pengilang utama Selamat dan mendapat pengesahan SIRIM.
Under Water
  • Tidak mempunyai jaminan
  • Kad jaminan dibawa masuk dari negara luar
  • Dijual dengan harga murah
  • Tiada pengesahan SIRIM

Antara kilang-kilang yang mengeluarkan telefon bimbit original adalah seperti
  • Nokia Central (Zitron)
  • Motorola Central
  • Sonny Ericsson (T-sony)
  • Samsung (Samsung Malaysia Sdn Bhd) (SME)

IMEI

IMEI adalah salah satu barcode yang penting diketahui oleh pengguna dimana barcode ini mempunyai 15 digit. IMEI adalah sama antara kotak dan telefon sekiranya telefon tersebut adalah original. Bagi telefon AP pengesahan IMEI adalah tidak sama antara kotak dan telefon bimbit itu sendiri. Sekiranya pengesahan IMEI tidak sama bermakna ia tidak original untuk telefon tersebut.

Sekiranya telefon adalah original keypad, ia akan mengeluarkan bahasa negara dimana pengguna boleh memilih jenis-jenis keypad bersesuaian dengan bahasa yang dipilih dan mempunyai perbezaan dari segi harga antara telefon bimbit original dan AP.

Langkah-langkah untuk mengetahui nombor IMEI telefon anda ; 

Langkah 1 :  Taipkan  *#06 diakhiri dengan  # .


Langkah 2 : Nombor IMEI akan keluar . Ini adalah contoh nombor IMEI bagi telefon bimbit yang berjenama Sony Ericsson. Cara untuk mengetahui nombor IMEI dari kotak adalah dengan melihat pada barisan barcode yang mempunyai tulisan IMEI



Labels:

Post a Comment

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget