Latest Post


FastStone Image Viewer Corporate 6.4 ini adalah sebuah penyemak imbas imej, ia boleh dijadikan sebagai penukar dan editor gambar. Ia mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik termasuklah dalam melihat imej, pengurusan, perbandingan, menyingkirkan sekiranya berlaku pengesanan mata merah, emel, saiz semula, pemotongan gambar dan penyelarasan warna.

FastStone Image Viewer adalah inovatif dan ia mempunyai mod skrin penuh. Ia menyediakan akses cepat ke maklumat EXIF, ia melakukan penyemakan imej kecil dan fungsi utama ialah melalui toolbar yang tersembunyi akan muncul ketika tetikus menyentuh empat segi tepi skrin. Ciri-ciri yang seterusnya ialah pembesaran imej yang berkualii tinggi dan tayangan slaid muzik dengan 350++ kesan peralihan, mengurangkan kesan bayangan, penjelasan imej, sokongan pengimbas, histogram  dan banyak lagi. 





Mari kita sama-sama belajar dan bersama menimba ilmu pengetuahuan yang baharu . 

Download FastStone Image Viewer 6.4  DISINII!!!



Synfig Studio adalah sebuah perisian aplikasi animasi vektor 2D yang terbuka dan percuma, bagi semua penggemar atau pelukis animasi 2 Dimensi. Pengguna boleh menggunakan Synfig Studio untuk mencipta filem animasi, animasi web dan iklan yang berkualiti.



Ciri-ciri Khas Synfig Studio adalah :

  1. Spatial resolution-independence (Ruang kebebasan-resolusi)
  2. High Dynamic-Range Imaging (Pengimejan Pelbagai Dinamik yang Tinggi)
  3. Alatan Pentablet-friendly
  4. Rekaan Artist-Oriented
  5. Path-based Gradients
  6. Menyokong pelbagai lapisan multitude dengan pelbagai jenis
Anda boleh download perisian Synfig Studio, DISINI!

MICROSOFT ID USER ACCOUNT 


  • Dengan menggunakan Microsoft ID user account, anda boleh memuat turun, install, atau membeli aplikasi-aplikasi dari Windows Store.
  • Akaun jenis ini selalunya adalah lebih selamat jika menggunakan kata laluan atau password .
  • Akaun ini boleh melakukan penyelarasan pengaturcaraan/settings walaupun user account ini menggunakan komputer yang berbeza ketika menggunakan sistem Windows 8.
  • Memerlukan jaringan Internet/ rangkaian untuk melakukan user account.
  • Ia pada asalnya berdasarkan universal sehingga boleh mengakses Hotmail, SkyDrive, Windows Store, laman web Microsoft dan aplikasi lain yang disediakan oleh Microsoft. 
  • Selalu memerlukan jaringan Internet untuk proses login.

LOCAL ACCOUNT
  • Akaun ini boleh dilengkapi dengan kata laluan atau password , jika tiada kata laluan tidak mendatangkan masalah juga.
  • Tidak memerlukan jaringan Internet kerana proses login tidak memerlukan verification menggunakan server Microsoft.
  • Tidak memerlukan penyelarasan kerana user account hanya dibuat untuk satu komputer yang digunakan.
  • Lebih praktis dan selamat kerana tidak boleh memasang /install sembarangan aplikasi dari Windows Store.

Mari membaca sambil menimba ilmu. 


Komputer menyimpan banyak gabungan button rahsia dan ia dapat membantu bekerja dengan lebih cepat dan efesien. Windows 8 dibina dengan pelbagai kelebihan yang tidak diketahui dan Windows 8 mengoptimumkan fungsi tombol Windows sebelah kiri pada keyboard anda.
  • Windows = Paparan yang ditunjukkan adalah Start Screen pada komputer
  • Windows + Windows = Tekan button Start Windows sekali dan anda akan masuk ke dalam Start Screen kemudian tekan sekali lagi anda akan masuk kembali ke aplikasi terakhir yang anda buka.
  • Windows + I = Masuk kedalam Settings
  • Windows + X = Berfungsi untuk menampilkan context menu di sudut kiri bawah yang mengandungi pilihan-pilihan untuk melakukan pengurusan dan kawalan terhadap Windows 8. 
  • Windows + C = Menampilkan Charms serta tarikh dan waktu dibahagian bawah desktop
  • Windows + H = Menampilkan paparan panel Settings disebelah kanan pada skrin monitor.
  • Windows + Q = Mengaktifkan aplikasi pencarian
  • Windows + D = Mengembalikan ke mode Desktop
  • Windows + PrintScreen = Memotretkan seluruh paparan yang berformat PNG 
  • Windows + Tab = Mengaktifkan Switch Pane yang berada di sebelah kiri monitor
  • Windows + + = Zoom in paparan
  • Windows + - = Zoom out paparan
  • Windows + L = Meninggalkan komputer dan mengunci komputer
  • Windows + F = Mencari fail
  • Windows + W = Setting yang tersembunyi pada Control Panel
  •  Windows + R = Setting "Run"
  • Windows + E = File Explorer
  • Windows + Enter = Mengaktifkan aplikasi Windows Narrator
  • Windows + P = Bekerja pada dua monitor
  • Windows + PageUp/Down = Hampir sama dengan cheat sheet diatas menukarkan atau bekerja dalam dua monitor
  • Windows + O = Mengaktifkan aplikasi auto-orientation
  • Windows + Angka = Merujuk kepada file yang terdapat pada taskbar mengikut urutan angka 1 hingga 9
  • Windows + M = Meminimumkan seluruh aplikasi pada desktop
  • Windows + U = Mengaktifkan tetingkap Ease of Access Center
  • Windows + B = Kembali ke desktop dan mengaktifkan aplikasi yang terakhir
  • Windows + F1 = Mendapatkan Help and Support Windows 8?
  • Windows + Pause/Break = Melakukan pengaturan yang tertentu kekadang tetingkap System. 
Mari pengguna Windows 8 kita mencuba shortcut tersebut sama ada berfungsi pada komputer atau laptop anda. Mari mencuba sambil belajar bersama-sama.





Selama ini, jika anda melayari sebuah laman web dan navigation yang dilakukan adalah dengan menggunakan tombol mouse ( klik-drag ke arah yang diinginkan). Tetapi dengan menggunakan metode Caret Browsing, anda boleh melakukan navigation menggunakan anak-anak panah yang ada pada keyboard. Bersama-sama kita melihat bagaimana ia diaktifkan serta ikuti langkah yang telah diberikan. 

Caranya adalah seperti berikut

  • Klik ikon Tools (Setting) dan pilih Internet Option
  • Selesai sahaja, klik tab Advanced kemudian aktifkan Enable Caret Browsing for new windows and tabs. Dengan demikian, pilihan tersebut akan keluar

  • Tekan tombol Apply dan diikuti dengan klik OK 

  • Aktifkan mode Caret Browsing dengan menekan button f7
  • Klik Yes untuk mengesahkan pengaktifan Caret Browsing tersebut
  • Anda juga boleh melakukan navigation terhadapa sebuah laman web dan memanfaatkan tombol-tombol anak panah yang ada di keyboard. 
Ia adalah langkah-langkah khas untuk Windows 8 tetapi boleh diaplikasikan di mana-mana jenis Windows yang anda gunakan tetapi menggunakan cara-cara atau langkah yang berbeza. 

Mari sama-sama kita belajar dan menimba ilmu bersama ..
 


Wondershare Video Converter Ultimate 10 adalah salah satu perisian yang terbaik bagi alat penukar fail video daripada satu format kepada format yang lain. Ia menyokong kebanyakan format fail video yang popular yang ada diseluruh dunia. Wondershare Video Converter Ultimate 10 membolehkan penggunanya untuk download, menonton, memindahkan, menyunting dan mencipta pelbagai jenis fail video daripada mana-mana sumber yang anda pilih atau sebagainya.


Ciri Khas Wondershare Video Converter Ultimate 10 ialah :
  • Gabungan antara muka yang mudah dan moden
  • Burn fail video kepada cakera DVD/Blu-Ray
  • Klip fail video kepada pelbagai segment
  • Setting Output  video/audio yang fleksibel 
  • Penambahan Terjemahan, menu DVD dan yang lain-lain
  • Menyokong sepenuhnya semua format utama
  • Memangkas Video dan menyesuaikan kesan video
  • Download dan merakam video dengan mudah
  • Sokongan format Video 4K Ultra HD
  • Stream fail media anda dengan mudah
  • Kecekapan Codec Video yang tinggi (HEVC)
  • Menggabungkan pelbagai fail menjadi satu fail
  • Profil output disesuaikan (pratetap).
  • Menambah semua fail daripada folder fail lokal.
  • Tangkapan semasa menonton atau menyunting
  • Menukarkan video tanpa suara.

Anda boleh mencuba Wondershare Video Converter Ultimate 10, dengan download DISINI!



Komputer yang sering kali hang adalah sesuatu yang menyebalkan bagi pengguna terutama semasa menjalankan pelbagai kerja seperti asignment atau sebagainya. Disamping itu juga, kebanyakkan pengguna komputer sekarang ingin sesuatu yang ekspress didalam komputer. Disini saya akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk membuat shortcut bagi shutdown pada desktop komputer dan langkah ini adalah mudah dan senang untuk diikuti. 

Langkah-langkah membuat shorcut pada desktop;

  • Klik Kanan > New> Shorcut


  • Klik pada ruang " Type the location of the item" > %windir%\System32\shutdown.exe/s/ t 0 ATAU  %windir%\System32\shutdown.exe > klik Next

  • Taipkan nama Shortcut yang anda ingin letakkan > klik Finish




  • Untuk menukar ikon pada shorcut tersebut klik kanan> Properties

  • Untuk menukarkKlik Change Ikon 

  • Pilih ikon yang anda inginkan > klik Ok

  • Klik Apply > kemudian OK
*Untuk shudown laptop atau komputer anda "Double Click". 
*Gunakan arahan yang telah diberikan sekiranya ia tidak berfungsi maka ia tidak sesuai di komputer anda kerana ini adalah arahan untuk Windows 8 ( %windir%\System32\shutdown.exe/s/ t 0 ).


Mari kita sama-sama belajar dan menimba ilmu bersama-sama dengan pelatih ICTKVLD.










T-force Delta RGB Memory Modules adalah RAM keluaran terbaru yang berkuasa tinggi ia adalah memori jenis DDR4 yang menunjukkan kelajuan dari 2000MTps sehingga 3000MTps. Kit Memori yang sebelumna adalah 2X4GB dan 2X8GB yang mempunyai nilai CL-15-17-17-35 dengan latency 1.2V (versi 2000MHz) dan CL-16-18-18-38 dengan latency 1.35V (versi 3000MHz).  Ia menyokong XMP 2.0 dan menjadikan ia mudah menetapkan untuk berjalan pada frekuensi mengikut masa yang betul.  Konfigurasi Memori adalah Dual/Quad Channel dan package Memory Pin adalah 288. 

Kelebihan pada T-Force Delta RGB Memory Modules ini adalah
  • Pencahayaan RGB
  • Penyebaran Haba aloi aluminium tersesuai
  • Lebih nipis
  • Lebih ringgan
  • Penyebar haba dalam dua warna iaitu hitam dan putih.

T-Force Delta RGB Memory Modules mempunyai pencahayaan warna yang bergerak dengan dikawal menggunakan software yang disediakan oleh pengeluar dan aplikasi pihka ketiga yang lain. Ia juga serasi dengan Asus Aura Sync seperti yang dinyatakan dalam halaman produk tetapi ia memerlukan kemaskini pada Asus supaya T-Force Delta RGB Memory Modules ini dapat berfungsi dalam Asus Aura Sync tersebut. Ia adalah disokong oleh jaminan sepanjang hayat terhad dan maklumat berkaitan harga dan kebolehan/ ketersediaan tidak disediakan dalam masa akhbar.  

Ia adalah sesuai digunakan untuk bermain game kerana ia mengelakkan berlaku lack pada komputer. Mari sama-sama membaca dan menimba ilmu bersama. 






Folder Lock adalah sebuah perisian yang membolehkan anda melindungi kata laluan fail, folder dan pemacu; Menyulitkan fail penting anda on-the-fly; Membuat Sandaran fail tersebut dalam masa nyata; Melindungi pemacu USB dan peranti mudah alih; Membuang dan membersikan fail yang tidak ingin digunakan lagi. Folder Lock adalah aplikasi keselamatan fail yang paling dimuat turun dengan lebih daripada 25 juta pengguna dan masih dalam hitungan.


Folder Lock mampu melindungi data anda dengan kata laluan, kunci, menyembunykan dan menyulitkan sejumlah fail, folder, pemacu dan apa jua dokumen dalam beberapa saat. Mereka akan disembunyikan, tidak boleh dipadam dan juga ditidak boleh diakses kerana tahap perlindungan adalah tinggi. Ia dapat disembunyikan daripada kanak-kanak, kawan atau rakan sekerja, dan juga perlindungan ke atas Virus, trojan, pepijat dan lain-lain. Malah, ia mampu melindungi sesebuah Komputer Peribadi yang bersambungan dengan rangkaian atau kabel pengguna daripada penggodam.


Ciri Khas Folder Lock 7.7.0 :
  • Mengunci fail, folder dan pemacu
  • Menyandarkan fail kepada Cloud yang dilindungi
  • Melindungi data USB/CD/Emel
  • Penyulitan On-The-Fly
  • Mencincang fail yang tidak lagi ingin digunakan
  • Membersikan History komputer
  • Mod Stealth
  • Menyulitkan fail dan folder
Anda boleh download Folder Lock, DISINI!



Polaris Office ini adalah salah satu aplikasi document viewer yang boleh digunakan di telefon juga. Dalam Polaris Office ini, semua jenis dokumen dari Microsoft Word seperti DOC, DOCX, XLS,XLSX, PPT, PPTX, TXT, HWP.



Kelebihan yang terdapat dalam Polaris Office ini adalah;
  • Dibuat untuk memudahkan pengguna dari terus menggunakan PC Desktop
  • Menyokong PDF
  • Boleh melakukan header,footer, end note, foot note dari dokumen
  • Penyimpanan data adalah online dan percuma
  • Mempunyai perkhidmatan yang hampir sama dengan Google Drive, OneDrive, Dropbox, WebDAV
  • Semasa presentation, boleh menggunakan Polaris Office kerana mempunyai animation, effect transition, tema yang menarik, dan banyak lagi.
Polaris Office ini adalah dibangunkan oleh Infraware Inc dan boleh disokong oleh Windows Vista/XP/7/8/10


Anda boleh download Polaris Office DISINI!! 

Mari sama-sama kita belajar dan menimba ilmu pengetahuan yang baru.






Adobe Animate Creative Cloud 2017 , yang dulunya dikenali sebagai Adobe Flash Professional CC, kini Animate CC adalah sebuah perisian yang membenarkan pereka laman web mencipta HTML animasi yang interaktif bagi web, penerbitan digital, pengiklanan media dan banyak lagi, malah ia mampu mencapai kedua-dua pelayar desktop dan mudah alih dengan mudah. Adobe Edge Animate CC membolehkan membuat komposisi baru dari awal dengan menggunakan blok bangunan HTML asas, teks, dan grafik web yang diimport.


Ciri Khas Adobe Animate CC 2017  :
  • Membuat elemen HTML5 (lebih daripada Flash). 
  • Boleh menerbitkan animasi ke pelbagai platform. 
  • Menyokong Flash, HTML5, WebGL, 4K, dan SVG. 
  • Eksport ke 4K dan resolusi kepada yang lebih tinggi. 
  • Jutaan imej yang berkualiti tinggi, video, dan lain-lain. 
  • Membuat kandungan yang dinamik untuk semua platform. 
  • Menyokong untuk kebanyakan grafik & media raster. 
  • Buat, simpan dan kongsi kuas tersuai. 
  • Cloud Typekit Marketplace. 
  • Menukar animasi berasaskan Flash ke HTML5. 
  • Membuat kandungan dengan resolusi ultrahigh. 
  • Bekerjasama dengan Perpustakaan CC. 
  • Mencipta animasi 2D dan 3D interaktif. 
  • Pan / zum animasi dengan kamera maya. 
  • Kamera maya bersepadu (V-Cam). 
  • Cepat dan mudah untuk menambah komponen.

Anda boleh download perisian Adobe Animate CC 2017, DISINI! untuk versi Trial !





Adguard Premium 6  adalah sebuah perisian yang menyediakan jalan yang terbaik untuk mengelak daripada iklan yang menjengkelkan, penjejakan dalam talian dan juga untuk melindungi komputer anda daripada ancaman malware. Ia akan menyediakan perlindungan secara serta merta dan tanpa memerlukan anda untuk menapis halaman web yang sedang dimuatkan. Adguard membuang semua iklan yang menjengkelkan, menyekat laman web yang berbahaya, dan tidak membenarkan sesiapa untuk menjejaki aktiviti anda di dalam Internet.


Ciri Utama Adguard Premium ialah :
  • Perlindungan daripada iklan palsu
  • Menyekat iklan dan permintaan untuk penjejakan yang tidak disedari
  • Penapisan pemprosesan halaman
  • Penapisan kod HTML laman web
  • Bekerja dan menyokong semua jenis pelayar 
  • Penapisan iklan di dalam aplikasi
  • Penyokongan 24 X 7 dalam talian



Anda boleh download Adguard Premium 6  secara percuma DISINI!


Hotspot Shield Elite 7 VPN adalah sebuah perisian yang digunakan untuk membina rangkaaian peribadi maya (Virtual Private Network, yang lebih dikenali sebagai VPN) di antara peranti anda dengan gateway Internet anda. Ia menjadi sebuah terowong yang tidak dapa ditemubusi oleh pengintip, penggodam dan ISP yang tidak dikenali untuk mengintip aktiviti pelayaran web anda, mesej segera, muat turun, maklumat kad kredit atau apa-apa sahaja yang anda melibatkan anda dan rangkaian.


Hotspot Shield elite 7 adalah satu jalan penyelesaian keselamatan dan privasi internet serba boleh. Ia bukan sahaja melindungi anda dari ancaman dalam talian berbahaya, malah ia juga melindungi privasi anda dan membolehkan anda mengakses sebarang laman web dan kandungan yang disekat.


Ciri Khas Hotspot Shield Elite 7 VPN :
  • Melindungi alamat IP anda daripada diketahui awam (public)
  • Melayari mana-mana laman web secara awam / tanpa nama (anonymously)
  • Membuka atau melayari mana-mana laman web yang disekat
  • Melindungi anda daripada pengintip atau penggodam
  • Melindungi peranti anda daripada serangan malware
  • Mengawal dan memantau keselamatan sesi laman web anda
Anda boleh download Hotspot Shield Elite 7 VPN dengan percuma, DISINI!



NCH Wavepad adalah sebuah perisian bagi mengedit bunyi. Ia boleh menyunting muzik, suara, wav, mp3 atau fail audio yang lain. NCH WavePad audio juga merupakan alat penyuntingan audio dan muzik yang professional bagi Windows dan Mac. Semasa anda menyunting fail audio, anda boleh cut, salin dan paste bahagian yang anda kehendaki daripada rakaman itu, kemudian menambah kesan seperti echo, amplikasi dan penghasilan noise. Wavepad bekerja sebagai wav atau penyunting MP3 tetapi ia juga menyokong kebanyakan format fail termasuklah vox, gsm, wma, real audio, au, aif, flac, ogg, dan lain-lain.


Ciri Khas NCH WavePad :
  • Menormalkan tahap fail audio
  • Menyimpan fail bagi iPod,PSP atau peranti mudah alih yang lain
  • Membuat nada dering dengan mengedit fail audio atau rakaman
  • Mengurangkan vokal dari trek muzik
  • Memotong audio untuk siaran radio atau podcast
  • Memulihkan fail audio dengan menbuang bunyi bising, hiss atau hums.
  • Merakam suara untuk projek multimedia.
Anda boleh download NCH WavePad dengan percuma, DISINI!


Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget